Nama

: Sabrina binti Mohd Sabri

Umur

: 42 tahun

Ahli

: 2024


Latar belakang
Puan Sabrina binti Mohd Sabri merupakan salah seorang usahawan yang mengusahakan perniagaan makanan untuk katering. Beliau telah berjinak dalam dunia perniagaan sejak tahun 2010 secara sambilan. Oleh kerana tekanan taraf ekonomi yang semakin meningkat beliau berusaha keras untuk meningkat lagi pendapatan sampingan dengan memperluaskan lagi empayar perniagaan secara atas talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)
Sebelum penglibatan dengan kelas ICT di NaDi beliau hanya menjual di gerai miliknya, jual di pasar tani dan meletakkan di pasar yang terpilih. Oleh kerana tekanan taraf ekonomi yang semakin meningkat beliau berusaha keras untuk meningkatkan lagi pendapatan sampingan dengan memperluaskan lagi empayar perniagaan secara atas talian. Sebelum penggunaan ICT, hanya memasarkan produk jualan secara terus di rumah dan juga tempahan dari jiran tetangga di kawasan sekitar dan memiliki pendapatan kurang dari RM1000 sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)
Kini beliau giat memasarkan produk makanan miliknya dan menjadikan internet sebagai salah satu platform untuk mengedar dan mempromosikan produk-produk iaitu melalui rangkaian media sosial seperti shopee, facebook dan instagram

 

Nama

: Intan Syazmilla binti Mohd Salleh

Umur

: 39 tahun

Ahli

: 2024


Latar belakang
Puan Intan Syazmilla binti Mohd Salleh merupakan salah seorang usahawan yang mengusahakan perniagaan makanan untuk sarapan pagi dan katering. Beliau telah berjinak dalam dunia perniagaan sejak tahun 2019 secara sambilan. Oleh kerana tekanan taraf ekonomi yang semakin meningkat beliau berusaha keras untuk meningkat lagi pendapatan sampingan dengan memperluaskan lagi empayar perniagaan secara atas talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)
Sebelum penglibatan dengan kelas ICT di NADI beliau hanya menjual di gerai miliknya, jual di pasar tani dan meletakkan di pasar yang terpilih. Oleh kerana tekanan taraf ekonomi yang semakin meningkat beliau berusaha keras untuk meningkatkan lagi pendapatan sampingan dengan memperluaskan lagi empayar perniagaan secara atas talian. Sebelum penggunaan ICT, hanya memasarkan produk jualan secara terus di rumah dan juga tempahan dari jiran tetangga di kawasan sekitar dan memiliki pendapatan kurang dari RM500 sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)
Kini beliau giat memasarkan produk makanan miliknya dan menjadikan internet sebagai salah satu platform untuk mengedar dan mempromosikan produk-produk iaitu melalui rangkaian media sosial seperti shopee, facebook dan instagram.

 

Nama

: Ainal Mardhiah binti Mohd Yusoff

Umur

: 36 tahun

Ahli

: 2023


Latar belakang
Puan Ainal Mardhiah merupakan seorang graduan bidang elektrik dari Universiti Tun Hussein Onn, Johor. Setelah kehilangan pekerjaan semasa musim PKP tahun 2021 yang lalu, beliau memulakan perniagan cetakan dan fotokopi secara kecil-kecilan. Perniagaan beliau bermula secara tidak sengaja daripada minat secara kecil-kecilan dari rumah dan hanya mendapat tempahan dalam kalangan kenalan rapat dan jiran setempat sahaja. Setelah mendapat maklumbalas yang positif, beliau mula berniaga secara atas talian di media sosial beliau seperti Facebook, TikTok, Instagram dan Whatsapp. Beliau juga pernah menyertai kelas-kelas keusahawanan di NADI Pekan Tampin. Kini, beliau memiliki syarikat perniagaan Copy Go dan pekerja sendiri yang berpusat di Gemencheh, Negeri Sembilan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)
Sebelum melibatkan diri dengan PEDi Pekan Tampin, aktiviti perniagaan beliau berlangsung seperti biasa hanya bermula di rumah sahaja. Beliau lebih memberi perhatian kepada tempahan kecil-kecilan melalui kenalan rapat dan jiran sahaja. Beliau memulakan perniagaan dengan menggunakan mesin cetakan yang bersaiz kecil sahaja dan hanya menggunakan platform Facebook dan Instagram untuk membuat sebarang promosi perniagaannya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)
NADI banyak membantu beliau dengan menambahkan dan meluaskan perniagaannya melalui kelas-kelas latihan keusahawanan seperti TikTok, Live, Business Model Canva dan sebagainya. Pihak NADI juga memberikan informasi berkaitan bantuan geran serta pinjaman yang diberi oleh pihak yang kerajaan. Pihak NADI juga telah membantu beliau dalam aspek promosi dan hebahan kepada komuniti setempat serta media sosial yang berkaitan. Selain daripada itu, Pihak NADI juga banyak membantu tentang permasalahan ICT yang dialaminya dengan memberi tunjuk ajar secara personal secara bersemuka mahupun atas talian. 

Nama

: Syamsul Akmal bin Shaiful Azhar

Umur

: 13 tahun

Ahli

: 2023


Latar belakang
Syamsul Akmal merupakan seorang pelajar Tingkatan 1 SMK Tunku Besar Tampin sering hadir di NADI dan terlibat dengan aktiviti dan kelas ICT yang di anjurkan di NADI Pekan Tampin. Selain itu, apabila terdapat waktu terluang atau cuti, beliau akan hadir ke NADI untuk membuat tugasan berkaitan akademik dan tuisyen di NADI Pekan Tampin

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)
Sejurus selepas kenaikan ke tingkatan 1, ibubapa adik Akmal sedar bahawa kemahiran penggunaan komputer sangat penting dalam dunia pendidikan kini.  Oleh itu, beliau mengambil inisiatif dengan mengikuti segala aktiviti dan kelas komputer yang dijalankan di NADI Pekan Tampin seperti mempelajari kemahiran asas komputer yang dijadualkan

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)
Beliau telah menjadikan NADI Pekan Tampin salah satu tempat untuk sentiasa mengasah asas kemahiran komputernya selepas habis waktu pembelajaran di sekolah. Memandangkan pembayaran untuk masuk ke pusat komputer di luar dan yuran kelas agak mahal, beliau telah menjadikan NADI Pekan Tampin sebagai pusat pembelajaran yang lebih efektif setanding dengan pembelajaran kelas ICT di tempat lain akhirnya dapat membantu beliau mempelajari asas penggunaan Microsoft Word, Excel dan Powerpoint. Hal ini sangat membantu beliau dalam menyiapkan tugasan kerjanya.

 

Nama

: Norazliza binti Mohd Jani

Umur

: 36 tahun

Ahli

: 2020


Latar belakang
Puan Norazliza binti Mohd Jani merupakan salah seorang usahawan yang mengusahakan perniagaan produk salai seperti keli, puyuh, daging dan ayam. Beliau telah berjinak dalam dunia perniagaan sejak tahun 2019 secara sambilan. Oleh kerana tekanan taraf ekonomi yang semakin meningkat beliau berusaha keras untuk meningkat lagi pendapatan sampingan dengan memperluaskan lagi empayar perniagaan secara atas talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)
Sebelum penglibatan dengan kelas ICT di NADI beliau hanya menjual di gerai miliknya, jual di pasar tani dan meletakkan di pasar yang terpilih. Oleh kerana tekanan taraf ekonomi yang semakin meningkat beliau berusaha keras untuk meningkatkan lagi pendapatan sampingan dengan memperluaskan lagi empayar perniagaan secara atas talian. Sebelum penggunaan ICT, hanya memasarkan produk jualan secara terus di rumah dan juga tempahan dari jiran tetangga di kawasan sekitar dan memiliki pendapatan kurang dari RM100 sebulan

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)
Kini beliau giat memasarkan produk salai miliknya dan menjadikan internet sebagai salah satu platform untuk mengedar dan mempromosikan produk-produk iaitu melalui rangkaian media sosial seperti shopee, facebook dan Instagram.