CELIK IT - ABDULLAH BIN MAZNOR

MEMPELAJARI ASAS KOMPUTER DAN INTERNET

NAMA: ABDULLAH BIN MAZNOR

UMUR: 11 Tahun

AHLI  : 2019

Latar belakang

Abdullah merupakan ahli di Pusat Internet Pekan Tampin. Beliau merupakan anak sulung dari lima beradik. Abdullah juga merupakan seorang pelajar di Tahun 5 yang bersekolah di sebuah Sekolah di Rembau. Menurut keluarganya, Abdullah seorang yang bijak dan rajin belajar.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kesungguhan untuk mempelajari ilmu komputer membuka ruang kepada ibu dan bapa Abdullah untuk menghantarnya ke Pusat Internet Pekan Tampin bagi meningkatkan kemahiran dalam penggunaan komputer. Selain itu,  Abdullah juga sangat konsisten menghadiri kelas dan latihan di PI Tampin dan mengikuti pelbagai aktiviti dan program yang dianjurkan di Pusat Internet Tampin.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti latihan dan pembelajaran di Pusat Internet, Abdullah kini mahir menggunakan Komputer dan Microsoft dengan baik. Abdullah juga mahir menggunakan E-Pembelajaran seperti Grammar Bank dan Latih Tubi Matematik yang dapat meningkatkan kemahiran pembelajaran secara atas talian. Selain itu, Abdullah juga mahir membuat video dan juga merupakan antara peserta yang menyertai Pertandingan Video Kraftangan Merdeka. Semangat yang dimilikinya untuk menimba ilmu dalam bidang komputer dan teknologi membuka peluang yang lebih luas pada masa hadapan kelak.

 

__________________________________________________

KEUSAHAWANAN - Pn Nur Rashida Jamaludin

  • Perniagaan atas talian Shopee ( Biskut & Makanan Ringan )

(My Daily Cloud9)

NAMA: Pn Nur Rashida Jamaludin

UMUR: 37 Tahun

AHLI  : 2017

Latar belakang

Pn. Rashida merupakan antara ahli yang paling aktif sejak berdaftar keahlian pada tahun 2017 sehingga kini. Beliau merupakan ibu tunggal yang rajin berusaha demi meningkatkan pendapatannya dan menjaga kedua anak perempuannya. Beliau juga antara usahawan yang dikongsi kejayaan lepas.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini Puan Rashida juga menjalankan perkhidmatan ‘Grab Car’ dan  ‘Proved Reader’, bagi menampung perbelanjaan keluarga. Selain itu, beliau juga cuba untuk mencari alternatif lain bagi menambahkan lagi pendapatan beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Namun, selepas mengikuti beberapa latihan/bengkel Usahawan Shopee Baharu di Pusat Internet Tampin, Puan Rashida mula untuk berjinak-jinak menggunakan sepenuhnya laman Shopee bagi melakukan aktiviti jualan. Beliau juga mula membuat poster secara atas talian untuk mempromosikan kedainya di Shopee. Beliau juga mempromosikan jualannya di ‘Facebook’ dan menggalakkan rakan-rakannya di ‘Facebook’ untuk membeli di laman Shopee. Jualannya agak memberangsangkan bermula seawal Ogos 2020. Beliau juga mula pelbagaikan jualannya di Shopee, contohnya penjualan buku-buku ilmiah/pembelajaran sekolah sesuai dengan keadaan isu semasa yang terkesan akibat Covid19.

 

______________________________________________________________

KEUSAHAWANAN-Adib Bin Abu Bakar 

Kedai atas talian (Frame Canvas)

NAMA: Adib Bin Abu Bakar 

UMUR: 27 Tahun

AHLI  : 2020

Latar belakang

Encik Adib merupakan ahli yang baharu berdaftar di Pusat internet Pekan Tampin. Merupakan anak kelahiran Negeri Sembilan dan menetap di Felda Jelai 3, Gemas. Beliau juga seorang yang aktif dalam mengikuti program-program yang dijalankan oleh badan-badan NGO dan sebagainya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan di Pusat Internet Pekan Tampin, Encik Adib menfokuskan perniagaan secara langsung dan juga menggunakan medium media sosial sebagai pemasaran servis yang dijalankan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti beberapa kursus dan latihan Keusahawanan Shopee , En. Adib aktif menjalankan perniagaan beliau iaitu jualan ‘Frame/Canvas’ dan juga Sejadah Sandar. Penjualan secara kedai atas talian, meningkatkan pendapatan beliau sebagai usahawan. En Adib menerima banyak tempahan ‘Frame/Canvas’ hampir setiap bulan. Pendapatan beliau menjangkau 3000 hingga 4000 sebulan, Tambahan pula, beliau juga antara peserta yang mengikuti Pertandingan Usahawan Shopee 2020. Kesungguhan beliau dalam perniagaanya menjadikan beliau antara usahawan yang berjaya yang kongsi kisah kejayaannya.