Tampin merupakan sebuah bandar yang terletak di antara sempadan Negeri Sembilan dan Negeri Melaka. Bandar Tampin terbahagi kepada dua iaitu Tampin Negeri Sembilan dan Tampin Melaka. Tampin adalah nama bandar dan nama daerah. Sebenarnya Tampin, Melaka tidak wujud. Kawasan Tampin yang dikatakan dalam kawasan negeri Melaka sebenarnya Pulau Sebang di bawah Pentadbiran Majlis Perbandaran Alor Gajah. Orang ramai jarang menyebut Pulau Sebang tetapi menyebut kawasan Melaka itu sebagai Tampin, Melaka. Ada beberapa pejabat penting yang terletak di wilayah Melaka seperti, Hentian Teksi dan Bas Pulau Sebang, Maybank Pulau Sebang, Pusat Serenti Tampin yang terletak di Pulau Sebang dan Stesen KTM Pulau Sebang.

Mengenai Tampin
Bandar Tampin berjiran dengan Bandar Pulau Sebang, Melaka. Lampu isyarat di kedua-dua bandar yang berjiran itu merupakan sempadan antara Negeri Melaka dan Negeri Sembilan. Tampin boleh dihubungkan dengan MelakaSerembandan Johor Bahru melalui jalan persekutuan. Lebuh raya utama tidak melalui daerah Tampin tetapi boleh menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan dan keluar melalui Tol Simpang AmpatAlor Gajah. Daerah Tampin mempunyai Stesen keretapi iaitu GemasBatang Melaka dan Air Kuning Selatan. Namun stesen Air Kuning Selatan telah ditutup. Projek landasan kereta api berkembar antara Seremban ke Gemas turut menggantikan Stesen Kereta Api Batang Melaka yang sedia ada di lokasi yang baru. Walau bagaimanapun lokasi Stesen KTMB Batang Melaka yang baru akan dipindahkan dalam kawasan Negeri Melaka. Stesen keretapi terdekat bagi bandar Tampin ialah Stesen Keretapi Pulau Sebang, Alor Gajah Melaka yang terletak hanya 1 kilometer sahaja dari Pusat bandar Tampin.

  • Population:
      56,652 (2008)     
  • Area:
      129.5 kmĀ²
  • Elevation:
          79 m
    Peta Tampin