unnamed

 

Penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak di premis tempat tumpuan mereka seperti taska dan tadika. Bilangan kes HFMD dijangka akan terus meningkat kerana kesedaran dan keprihatinan ibu bapa membawa anak yang mengalami gejala HFMD berjumpa pengamal perubatan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan. Ini menyebabkan peningkatan kes kerana HFMD adalah penyakit yang perlu dinotifikasikan kepada pihak kesihatan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Bagi tahun 2018, sehingga hari ini tiada kematian disebabkan HFMD atau enterovirus 71 (EV71) dilaporkan di Malaysia. 

Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska/tadika/pra-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk:

  • Tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan.

Bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD.

Sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh;

Membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran kloroks;

Memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul; dan

Membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas.

Hospital Tampin

Hospital Tampin  dibina di Pekan Tampin, Negeri  Sembilan bagi memberi khidmat kesihatan kepada penduduk  sekitar Tampin, Gemencheh, Pondoi, Tebong, Kendong, dan lain-lain kawasan yang berhampiran dengan Tampin.

Alamat Hospital Tampin

Jalan Haji Ahmad Zainuddin, Tampin
Tampin, Negeri Sembilan
73009 Tampin
Negeri Sembilan
Tel: 06-4411511
Fax: 06-4419610
URL: http://htampin.moh.gov.my/

Klinik Kesihatan Tampin (JPL)

& Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Tampin

Alamat:

KM2, Jalan Tampin-Gemas, Tampin
Tampin, Negeri Sembilan.
73009 Tampin
Negeri Sembilan
Tel: 06-433 1806

Pejabat Perkhidmatan Veterinar

 Fungsi Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah

- Merancang, menyediakan, mentadbir dan mengurus hal-hal berkaitan perkhidmatan dan perjawatan kakitangan jabatan di peringkat daerah.

-Merancang program pembangunan industri ternakan di peringkat daerah serta memantau projek-projek ternakan yang dilaksanakan di peringkat daerah dan mukim untuk memastikan aliran penyelarasan program antara peringkat Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri serta daerah dilaksanakan dengan baik mengikut landasan serta strategi dan objektif yang telah disasarkan.

-Merancang program-program pengawalan dan pembasmian penyakit haiwan berjangkit, spesifik dan zoonotik di peringkat daerah serta memantau situasi penyakit ternakan di peringkat daerah dan mukim bagi memastikan sasaran serta penyelarasan program yang dilaksanakan mengikut landasan serta strategi dan objektif dan sasaran yang telah disediakan.

-Mewujudkan suasana yang kondusif di peringkat daerah melalui program-program pembangunan subsektor ternakan ke arah menggalakan pertumbuhan industri ternakan dan industri asas tani yang mapan.

Alamat:

2013, Jalan Seremban,
73000 Tampin,
Negeri Sembilan
Tel: 06-441 6754
URL: http://dvsns.ns.gov.my/