Di Tampin tiada tempat percutian yang khusus seperti kawasan-kawasan yang lain, ini kerana Tampin lebih tertumpu pada aktiviti perniagaan dan kawasan industri kecil. Namun begitu, di Tampin terdapat kawasan-kawasan rekreasi dan tempat-tempat riadah untuk warga Tampin dan masyarakat berdekatan dengan Tampin.

Taman Reakreasi Tampin

Kedudukan lokasi taman ini begitu strategik iaitu terletak berdekatan dengan hospital  Daerah Tampin, Rumah Rehat Tampin dan juga Kompleks Sukan Tampin. Keluasan kawasan Taman Rekreasi Tampin ini keseluruhannya berjumlah 9 ekar dimana 0.8 ekar adalah kawasan tasik sedia ada.Selain kehijauan alam semulajadinya, taman rekreasi ini turut dilengkapi pelbagai kemudahan seperti alat permainan kanak-kanak, gelanggang badminton, gelanggang tenis dan trek berjoging yang panjang. Kedudukannya yang strategik memberi peluang kepada orang ramai untuk mengunjunginya sambil beristirehat bersama keluarga. 

P1050560 P1050563 P1050564

 

 

 

Dataran Tampin

Dataran ini terletak berhampiran dengan Kompleks Sukan Tampin dan menjadi salah sebuah lokasi tumpuan penduduk untuk melakukan aktiviti riadah pada hari biasa dan hujung minggu. Antara kemudahan yang ada ialah taman permainan kanak-kanak yang serba lengkap, trek berjogging, alatan senaman, objek-objek mercu tanda yang menarik dan pentas terbuka.

P1050530  

 

Taman Tasik Tampin

Taman ini terletak kira-kira 400 meter dari Lay By. Dilengkapi dengan alatan permainan kanak-kanak, menara pandang jauh, wakaf, kerusi rehat dan trek berjogging. Antara lokasi yang boleh menjadi pilihan anda untuk beriadah bersama keluarga. Selain itu, gerai-gerai makanan juga terletak berdekatan dengan taman ini.

P1050506 P1050507

 

Gunung Tampin

Gunung Tampin merupakan pengakhiran kepada Banjaran Titiwangsa (dari segi geografi). Beberapa kolam telah didirikan diatas gunung ini bagi membolehkan para pengunjung menikmati kejernihan air yang masih terpelihara ini. Walaubagaimana pun, kolam-kolam ini akan dinaiktaraf tidak lama lagi bagi memberikan keselesaan dan kepuasan serta imej yang lebih baik dengan konsep yang lebih moden. Laluan sedia ada ke puncak gunung dengan jarak kira-kira 5 km ini juga sering dijadikan trek berjogging dan beriadah oleh orang ramai pada sebelah petang dan cuti hujung minggu.