Antara pusat pendidikan yang terdapat di Tampin.

Kolej Komuniti Tampin

Kolej Komuniti Tampin adalah sebuah dari institusi pendidikan awam dibawah pentadbiran Jabatan Pengajian Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Kolej ini telah memulakan operasi pada 1 Julai 2009 di  Gemencheh, Negeri Sembilan. Pada awalnya kolej ini menawarkan dua kursus sepenuh masa iaitu Sijil Teknologi Akuakultur dan Sijil Kecantikan dan dandanan rambut. Pada 14 Julai 2010 Program pengukuhan  Kolej Komuniti telah dilaksanakan maka tergarislah beberapa pembaharuan di mana sijil sepenuh masa telah ditukar pada sijil Modul Kebangsaan bagi menperbanyakkan program kemahiran. Selain daripada itu Kolej Komuniti Tampin juga menawarkan kursus Pendek dibawah Jabatan Pembelajaran sepanjang hayat bagi komuniti sekitar daerah Tampin. Ini bagi membantu komuniti setempat meningkatkan kemahiran,taraf hidup,kualiti kerja dalam sesuatu bidang berkaitan melalui kursus,bengkel dan latihan yang diberikan.

Alamat Kolej Komuniti Tampin

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
No.99-100, Jalan Impian Nuri 3,
Taman Impian Jaya,
73200 Gemencheh
Negeri Sembilan
Tel : 06 - 4316029
Fax : 06 - 431 6030