Tarikh

: 27 April 2024 (Sabtu)

Masa

: 11:00 pagi – 12:00 tengahari

Lokasi

: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pekan Tampin


Tujuan :
Kelas ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar tentang komputer dan peranti-peranti yang terlibat. Ini termasuk pengenalan kepada alat dan fungsi-fungsi perkakasan komputer seperti monitor, papan kekunci, tetikus, dan lain-lain. Dengan ini, pelajar dapat memahami asas penggunaan komputer dan bagaimana setiap komponen berinteraksi untuk menjalankan tugas-tugas komputasi.


Aktiviti
Peserta diberi penerangan tentang komponen input, output dan storan serta contoh perkakasan bagi setiap komponen. Pelajar diperkenalkan kepada fungsi perkakasan komputer seperti monitor, papan kekunci, tetikus, CPU. Selain itu, mereka juga belajar mengenai perisian komputer yang membantu pencarian maklumat serta penghasilan bahan multimedia dan dokumen seperti pelayar google, aplikasi zoom dan perisian microsoft. Aktiviti ini memberikan pelajar pemahaman yang lebih baik tentang bagaimana komputer berfungsi dan bagaimana untuk menggunakannya secara efektif