Tarikh |
: 26 April 2024 (Jumaat) |
Masa |
: 11:00 pagi – 12:00 tengahari |
Lokasi |
: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pekan Tampin |
Tujuan :
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan peluang kepada peserta untuk mengubah lukisan dua dimensi menjadi animasi yang menyeronokkan. Lukisan yang dihasilkan oleh peserta dapat dihidupkan melalui animasi otomatis. Ini membolehkan peserta memahami konsep STEM dan IOT dalam konteks yang lebih menarik dan interaktif.
Aktiviti
Peserta diminta untuk melukis satu watak di atas kertas putih, memastikan lengan dan kaki watak tidak bertindih dengan badan. Lukisan tersebut kemudian di-upload ke platform Metademolab. Algoritma yang dibangunkan akan mengubah lukisan tersebut menjadi animasi dan membolehkan watak bergerak. Aktiviti ini memberikan pengalaman belajar yang menyeronokkan dan interaktif kepada pelajar, sambil memperkenalkan mereka kepada konsep STEM dan IOT.