CELIK IT - MARINA BINTI MAHAT

MEMPELAJARI ASAS KOMPUTER DAN INTERNET

NAMA: MARINA BINTI MAHAT

UMUR: 41 Tahun

AHLI  : 2016

Latar belakang

Pn Marina telah menjadi ahli di Pusat Internet Komuniti Pekan Tampin semenjak tahun 2016. Beliau antara ahli yang sangat aktif. Sedikit ringkasan latar belakang beliau, beliau merupakan Ibu kepada tiga orang dan bekerja sebagai pembersihan di Masjid Jamek Tunku Besar Tampin. Pekerjaan ini sedikit sebanyak dapat membantu pendapatan mereka sekeluarga.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pusat Internet yang berada di dalam Masjid telah membuka peluang dan kesempatan kepada Puan Marina untuk sering berkunjung dan mendapatkan perkhidmatan di Pusat Internet. Pada mulanya Puan Marina hanya menggunakan perkhidmatan Fotostat, ‘Printing’ dan lain-lain. Beliau juga sering berkongsi kesukaran mendapatkan perkhidmatan di sekitar Tampin dan juga kekurangan dalam menggunakan komputer dan internet. Masalah ini di beri perhatian oleh petugas di Pusat Internet dan sedia membantu beliau untuk mendapatkan perkhidmatan yang terbaik. Sebelum penggunaan ICT di Pusat Internet beliau tidak mempunyai pengetahuan serta tidak pernah menggunakan Microsoft untuk sebarang keperluan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Latihan dan bimbingan diberikan kepada Puan Marina oleh petugas-petugas Pusat Internet bagi melihat komuniti yang berpengetahuan dalam komputer dan juga internet. Tambahan juga, pembelajaran latihan diberikan secara perseorangan kerana jadual bekerja yang terhad untuk beliau mengikuti kelas. Petugas juga menghadkan kehadiran pengunjung di PIK Tampin berikutan isu COVID19 yang serius. Selain itu, petugas juga membantu Puan Marina melalui aplikasi ‘Whatsapp’ bagi menerangkan sesuatu penggunaan. Puan Marina kini semakin mahir menggunakan komputer terutama penggunaan Microsoft Word dan Excel. Kemahiran ini memudahkan beliau untuk membuat jadual tugas di Masjid. Beliau juga amat berterima kasih kepada petugas kerana sedikit sebanyak beliau dapat mempelajari ilmu komputer dan penggunaan internet. Beliau juga sentiasa ingin mendapatkan pengetahuan baru di PIK dan sentiasa bersedia mempelajari ilmu-ilmu yang baharu.

Apa yang dipelajari melalui PI.

  • -Belajar mengikut Modul, Microsoft Office Word, dan Excel.
  • -Mempelajari bagaimana menggunakan item yang terdapat di Microsoft Office Word untuk membuat contoh surat dan laporan.
  • -Mempelajari bagaimana membuat data dan menggunakan formula di Microsoft Excel.  
  • -Melihat contoh data yang boleh menjadi rujukan.
  • -Melatih dengan memberi latihan.  

 

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT.

-PI membantu dalam penyediaan modul yang teratur supaya pelajar dapat lebih memahami konsep.

-Memberi galakan kepada pelajar untuk menyertai aktiviti yang diadakan di PI supaya dapat meningkatkan kemahiran menaip dan sebagainya.