Nama

: Syamsul Akmal bin Shaiful Azhar

Umur

: 13 tahun

Ahli

: 2023


Latar belakang
Syamsul Akmal merupakan seorang pelajar Tingkatan 1 SMK Tunku Besar Tampin sering hadir di NADI dan terlibat dengan aktiviti dan kelas ICT yang di anjurkan di NADI Pekan Tampin. Selain itu, apabila terdapat waktu terluang atau cuti, beliau akan hadir ke NADI untuk membuat tugasan berkaitan akademik dan tuisyen di NADI Pekan Tampin

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)
Sejurus selepas kenaikan ke tingkatan 1, ibubapa adik Akmal sedar bahawa kemahiran penggunaan komputer sangat penting dalam dunia pendidikan kini.  Oleh itu, beliau mengambil inisiatif dengan mengikuti segala aktiviti dan kelas komputer yang dijalankan di NADI Pekan Tampin seperti mempelajari kemahiran asas komputer yang dijadualkan

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)
Beliau telah menjadikan NADI Pekan Tampin salah satu tempat untuk sentiasa mengasah asas kemahiran komputernya selepas habis waktu pembelajaran di sekolah. Memandangkan pembayaran untuk masuk ke pusat komputer di luar dan yuran kelas agak mahal, beliau telah menjadikan NADI Pekan Tampin sebagai pusat pembelajaran yang lebih efektif setanding dengan pembelajaran kelas ICT di tempat lain akhirnya dapat membantu beliau mempelajari asas penggunaan Microsoft Word, Excel dan Powerpoint. Hal ini sangat membantu beliau dalam menyiapkan tugasan kerjanya.