Nama

: Kavita Letchumy a/p Sandrijodhi

Umur

: 45 tahun

Ahli

: 2023


Latar belakang

Puan Kavita Letchumy a/p Sandrijodh merupakan seorang pengawal keselamatan yang bertanggungjawab dan berdedikasi dalam menjalankan tugas sehingga mendapat kenaikan pangkat setelah 5 tahun berkhidmat di tempat kerjanya pada baru-baru ini di

syarikat Infineon Technologies, Melaka. Beliau sering hadir di PEDi dan terlibat dengan aktiviti dan kelas ICT yang di anjurkan di NADI Pekan Tampin. Selain itu, apabila terdapat waktu terluang atau cuti, beliau akan hadir ke NADI untuk membuat tugasan berkaitan pekerjaannya di NADI Pekan Tampin.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)

Sejurus selepas kenaikan pangkat, Puan Kavita Letchumy a/p Sandrijodhi mahu mengasahkan lagi kemahiran menggunakan komputer. Oleh itu, beliau mengambil inisiatif dengan mengikuti segala aktiviti dan kelas komputer yang dijalankan di NADI Pekan Tampin seperti mempelajari kemahiran asas komputer yang dijadualkan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)

Beliau telah menjadikan PEDi Pekan Tampin salah satu tempat untuk sentiasa mengasah asas kemahiran komputernya selepas habis bekerja di NADI Pekan Tampin memandangkan pembayaran untuk masuk ke pusat komputer di luar dan yuran kelas agak mahal, beliau telah menjadikan NADI Pekan Tampin sebagai pusat pembelajaran yang lebih efektif setanding dengan pembelajaran kelas ICT di tempat lain akhirnya dapat membantu beliau mempelajari asas penggunaan Microsoft Word. Hal ini sangat membantu beliau dalam menyiapkan tugasan kerjanya

CELIK IT - MARINA BINTI MAHAT

MEMPELAJARI ASAS KOMPUTER DAN INTERNET

NAMA: MARINA BINTI MAHAT

UMUR: 41 Tahun

AHLI  : 2016

Latar belakang

Pn Marina telah menjadi ahli di Pusat Internet Komuniti Pekan Tampin semenjak tahun 2016. Beliau antara ahli yang sangat aktif. Sedikit ringkasan latar belakang beliau, beliau merupakan Ibu kepada tiga orang dan bekerja sebagai pembersihan di Masjid Jamek Tunku Besar Tampin. Pekerjaan ini sedikit sebanyak dapat membantu pendapatan mereka sekeluarga.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pusat Internet yang berada di dalam Masjid telah membuka peluang dan kesempatan kepada Puan Marina untuk sering berkunjung dan mendapatkan perkhidmatan di Pusat Internet. Pada mulanya Puan Marina hanya menggunakan perkhidmatan Fotostat, ‘Printing’ dan lain-lain. Beliau juga sering berkongsi kesukaran mendapatkan perkhidmatan di sekitar Tampin dan juga kekurangan dalam menggunakan komputer dan internet. Masalah ini di beri perhatian oleh petugas di Pusat Internet dan sedia membantu beliau untuk mendapatkan perkhidmatan yang terbaik. Sebelum penggunaan ICT di Pusat Internet beliau tidak mempunyai pengetahuan serta tidak pernah menggunakan Microsoft untuk sebarang keperluan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Latihan dan bimbingan diberikan kepada Puan Marina oleh petugas-petugas Pusat Internet bagi melihat komuniti yang berpengetahuan dalam komputer dan juga internet. Tambahan juga, pembelajaran latihan diberikan secara perseorangan kerana jadual bekerja yang terhad untuk beliau mengikuti kelas. Petugas juga menghadkan kehadiran pengunjung di PIK Tampin berikutan isu COVID19 yang serius. Selain itu, petugas juga membantu Puan Marina melalui aplikasi ‘Whatsapp’ bagi menerangkan sesuatu penggunaan. Puan Marina kini semakin mahir menggunakan komputer terutama penggunaan Microsoft Word dan Excel. Kemahiran ini memudahkan beliau untuk membuat jadual tugas di Masjid. Beliau juga amat berterima kasih kepada petugas kerana sedikit sebanyak beliau dapat mempelajari ilmu komputer dan penggunaan internet. Beliau juga sentiasa ingin mendapatkan pengetahuan baru di PIK dan sentiasa bersedia mempelajari ilmu-ilmu yang baharu.

Apa yang dipelajari melalui PI.

  • -Belajar mengikut Modul, Microsoft Office Word, dan Excel.
  • -Mempelajari bagaimana menggunakan item yang terdapat di Microsoft Office Word untuk membuat contoh surat dan laporan.
  • -Mempelajari bagaimana membuat data dan menggunakan formula di Microsoft Excel.  
  • -Melihat contoh data yang boleh menjadi rujukan.
  • -Melatih dengan memberi latihan.  

 

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT.

-PI membantu dalam penyediaan modul yang teratur supaya pelajar dapat lebih memahami konsep.

-Memberi galakan kepada pelajar untuk menyertai aktiviti yang diadakan di PI supaya dapat meningkatkan kemahiran menaip dan sebagainya.

CELIK IT - ABDULLAH BIN MAZNOR

MEMPELAJARI ASAS KOMPUTER DAN INTERNET

NAMA: ABDULLAH BIN MAZNOR

UMUR: 11 Tahun

AHLI  : 2019

Latar belakang

Abdullah merupakan ahli di Pusat Internet Pekan Tampin. Beliau merupakan anak sulung dari lima beradik. Abdullah juga merupakan seorang pelajar di Tahun 5 yang bersekolah di sebuah Sekolah di Rembau. Menurut keluarganya, Abdullah seorang yang bijak dan rajin belajar.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kesungguhan untuk mempelajari ilmu komputer membuka ruang kepada ibu dan bapa Abdullah untuk menghantarnya ke Pusat Internet Pekan Tampin bagi meningkatkan kemahiran dalam penggunaan komputer. Selain itu,  Abdullah juga sangat konsisten menghadiri kelas dan latihan di PI Tampin dan mengikuti pelbagai aktiviti dan program yang dianjurkan di Pusat Internet Tampin.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti latihan dan pembelajaran di Pusat Internet, Abdullah kini mahir menggunakan Komputer dan Microsoft dengan baik. Abdullah juga mahir menggunakan E-Pembelajaran seperti Grammar Bank dan Latih Tubi Matematik yang dapat meningkatkan kemahiran pembelajaran secara atas talian. Selain itu, Abdullah juga mahir membuat video dan juga merupakan antara peserta yang menyertai Pertandingan Video Kraftangan Merdeka. Semangat yang dimilikinya untuk menimba ilmu dalam bidang komputer dan teknologi membuka peluang yang lebih luas pada masa hadapan kelak.

 

__________________________________________________

KEUSAHAWANAN - Pn Nur Rashida Jamaludin

  • Perniagaan atas talian Shopee ( Biskut & Makanan Ringan )

(My Daily Cloud9)

NAMA: Pn Nur Rashida Jamaludin

UMUR: 37 Tahun

AHLI  : 2017

Latar belakang

Pn. Rashida merupakan antara ahli yang paling aktif sejak berdaftar keahlian pada tahun 2017 sehingga kini. Beliau merupakan ibu tunggal yang rajin berusaha demi meningkatkan pendapatannya dan menjaga kedua anak perempuannya. Beliau juga antara usahawan yang dikongsi kejayaan lepas.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini Puan Rashida juga menjalankan perkhidmatan ‘Grab Car’ dan  ‘Proved Reader’, bagi menampung perbelanjaan keluarga. Selain itu, beliau juga cuba untuk mencari alternatif lain bagi menambahkan lagi pendapatan beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Namun, selepas mengikuti beberapa latihan/bengkel Usahawan Shopee Baharu di Pusat Internet Tampin, Puan Rashida mula untuk berjinak-jinak menggunakan sepenuhnya laman Shopee bagi melakukan aktiviti jualan. Beliau juga mula membuat poster secara atas talian untuk mempromosikan kedainya di Shopee. Beliau juga mempromosikan jualannya di ‘Facebook’ dan menggalakkan rakan-rakannya di ‘Facebook’ untuk membeli di laman Shopee. Jualannya agak memberangsangkan bermula seawal Ogos 2020. Beliau juga mula pelbagaikan jualannya di Shopee, contohnya penjualan buku-buku ilmiah/pembelajaran sekolah sesuai dengan keadaan isu semasa yang terkesan akibat Covid19.

 

______________________________________________________________

KEUSAHAWANAN-Adib Bin Abu Bakar 

Kedai atas talian (Frame Canvas)

NAMA: Adib Bin Abu Bakar 

UMUR: 27 Tahun

AHLI  : 2020

Latar belakang

Encik Adib merupakan ahli yang baharu berdaftar di Pusat internet Pekan Tampin. Merupakan anak kelahiran Negeri Sembilan dan menetap di Felda Jelai 3, Gemas. Beliau juga seorang yang aktif dalam mengikuti program-program yang dijalankan oleh badan-badan NGO dan sebagainya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan di Pusat Internet Pekan Tampin, Encik Adib menfokuskan perniagaan secara langsung dan juga menggunakan medium media sosial sebagai pemasaran servis yang dijalankan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti beberapa kursus dan latihan Keusahawanan Shopee , En. Adib aktif menjalankan perniagaan beliau iaitu jualan ‘Frame/Canvas’ dan juga Sejadah Sandar. Penjualan secara kedai atas talian, meningkatkan pendapatan beliau sebagai usahawan. En Adib menerima banyak tempahan ‘Frame/Canvas’ hampir setiap bulan. Pendapatan beliau menjangkau 3000 hingga 4000 sebulan, Tambahan pula, beliau juga antara peserta yang mengikuti Pertandingan Usahawan Shopee 2020. Kesungguhan beliau dalam perniagaanya menjadikan beliau antara usahawan yang berjaya yang kongsi kisah kejayaannya.

CELIK IT - SOFFIYAH BINTI MAZNOR

MEMPELAJARI ASAS KOMPUTER DAN INTERNET

NAMA: SOFFIYAH BINTI MAZNOR

UMUR: 11 Tahun

AHLI  : 2019

 

Latar belakang

Soffiyah merupakan ahli di Pusat Internet Komuniti Pekan Tampin dan merupakan adik kepada Abdullah Bin Maznor. Merupakan pelajar darjah 5 di Sekolah Kebangsaan Tunku Besar Tampin.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada mulanya Soffiyah tidak mengetahui penggunaann di Pusat Internet Komuniti Tampin, namun maklumat mengenai aktiviti dan latihan diketahui selepas ibu bapanya menggunakan perkhidmatan di PIK. Ibunya berminat untuk menghantar anak-anaknya mengikuti pembelajaran komputer di PIK Tampin. Soffiyah dan abangnya mengikuti setiap kelas dan bengkel yang dijalankan selama beberapa bulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti beberapa Bengkel dan Latihan di PIK Tampin, Soffiyah semakin mahir menggunakan komputer terutamanya Microsoft Word dan Power Point. Beliau juga mengikuti Bengkel Video dan Bengkel Poster di Canva.com. Soffiyah juga berjaya menyertai pertandingan –pertandingan yang diadakan di PIK Tampin. Soffiyah dan abangnya sangat aktif mengikuti pelbagai aktiviti dan latihan yang secara langsung meningkatkan pengetahuan mereka.

 

__________________________________________________

KEUSAHAWANAN - NUR RAZIE AZREEN BT AB RAHMAN

  • Barangan Café /Makeup / Barangan kesihatan( RSibling Store)

NAMA: Nur Razie Azreen Bt Ab Rahman

UMUR: 26 Tahun

AHLI  : 2013

 

Latar belakang

Puan Razie telah menjadi ahli pada permulaan tahun operasinya PIK Pekan Tampin iaitu semenjak tahun 2013. Beliau juga kurang hadir di PIK Tampin kerana sibuk menguruskan keluarga dan sebagainya. Beliau yang sudah berkeluarga masih aktif untuk menambahkan lagi pendapatan keluarga.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau sedia maklum akan fungsi dan perkhidmatan yang disediakan di PIK. Oleh itu, selepas bertahun lama tidak datang ke PIK, beliau mula mengambil tahu aktiviti dan latihan yang boleh diperolehi untuk membantu urusan perniagaan yang dijalankan oleh beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Petugas telah membantu usahawan Puan Razie bagi menguruskan dokumentasi untuk Kedai baharunya. Beliau juga mempromosikan kedai baharunya yang terletak di Bandar Satelit Sebang kepada pengunjung dan petugas di PIK. Beliau juga di ajar untuk membuat surat, dan menu makanan di Kedai beliau. Kini, beliau semakin mahir menggunakan Microsoft untuk tujuan promosi dan sebagainya.

Apa yang dipelajari melalui PI

  • - Menjanjikan kepuasan internet secara maksima kepada pengguna.
  • - Kemudahan yang disediakan memberi keberkesanan kepada perniagaan beliau.
  • - PI membantu usahawan-usahawan yang baru terutamanya dalam menjalankan perniagaan atas talian secara berkesan dan            sistematik.  
  • - Menyediakan platform tambahan untuk mempromosikan perniagaan di Dashboard Komuniti.

 

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

  • - Pihak pengurusan mendedahkan maklumat terkini serta medium yang agak berkesan untuk melakukan aktiviti atas talian &              ‘Facebook’

- Menyokong aktiviti yang dijalankan dengan mengiklankan juga di ‘Facebook Group’.

______________________________________________________________

KEUSAHAWANAN-RASHIHAH NORDIN

Kedai atas talian (Frame Canvas)

NAMA: Rashihah Nordin

 

UMUR: 41 Tahun

AHLI  : 2013

 

Latar belakang

Puan Rashihah merupakan ahli yang aktif di PIK dan juga pernah menjadi usahawan yang dikongsi kejayaannya sebelum ini. Oleh itu, kali ini akan berkongsi lagi kisah kejayaan beliau membangunkan dan meningkatkan aktiviti perniagaan beliau yang agak terkesan akibat COVID19 yang melanda Negara kita ini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada seawal musim COVID19, Puan Rashihah juga tidak dapat meneruskan aktiviti luar yang biasa dilakukan. Oleh itu , beliau juga cuba mencari peluang-peluang yang dapat dilakukan untuk dijalankan secara atas talian. Pertandingan Usahawan baru Shopee yang dianjurkan oleh PIK memberi peluang dan membuka jalan kepada Puan Rashihah untuk mengaktifkan semula perniagaan beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mula mengikuti bengkel Shopee yang dijalankan di PIK Tampin dan menyertai pertandingan tersebut. Walaupun bukan antara pemenang, beliau kini aktif melakukan jualan di Shopee yang pada mulanya sebelum ini beliau tidak pernah terfikir untuk melakukan jualan di Shopee. Antara jualan yang dilakukan ialah, Jualan Tiket Caving Batu Maloi, Mug Camping, & T-Shirt Batu Maloi. Jualan di Shopee agak memberangsangkan dan sedikit sebanyak membantu Puan Rashihah meningkatkan semula perniagaan beliau.

Apa yang dipelajari melalui PI

  • - Menjanjikan kepuasan internet secara maksima kepada pengguna.
  • - Kemudahan yang disediakan memberi keberkesanan kepada perniagaan beliau.
  • - PI membantu usahawan-usahawan yang baru terutamanya dalam menjalankan perniagaan atas talian secara berkesan dan            sistematik.  
  • - Menyediakan platform tambahan untuk mempromosikan perniagaan di Dashboard Komuniti.

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

  • - Pihak pengurusan mendedahkan maklumat terkini serta medium yang agak berkesan untuk melakukan aktiviti atas talian &              ‘Facebook’

- Menyokong aktiviti yang dijalankan dengan mengiklankan juga di Facebook Profile PIK.  

CELIK IT - Muhammad Irfan Danial Bin Mohd Sharif

MEMPELAJARI ASAS KOMPUTER DAN INTERNET

NAMA: Muhammad Irfan Danial Bin Mohd Sharif

UMUR: 12 Tahun

AHLI  : 2018

Latar belakang

Irfan Danial merupakan antara pelajar yang aktif dan juga pengunjung aktif di Pusat Internet Tampin. Irfan yang merupakan anak kelahiran Negeri Sembilan ini juga masih bersekolah di SK Dr Sulaiman yang berhampiran dengan Pusat Internet Tampin. Beliau juga mendapat kepercayaan sekolah di mana dilantik menjadi Ketua Pengawas.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum beliau melibatkan diri dan menjadi ahli di Pusat Internet, beliau tidak tahu akan kelebihan Pusat Internet serta kebaikan menjadi ahli, sehingga promosi dilakukan oleh wakil petugas Pusat Internet dan menarik lebih ramai pengunjung dalam kalangan pelajar, Sebaik sahaja, Irfan dan rakan-rakannya mengetahui kelebihan PI, mereka bersetuju untuk menjadi ahli dan mengikuti aktiviti/kelas yang diadakan di PI.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kekerapan berkunjung dan melibatkan diri di PI memberi impak positif kepada Muhammad Irfan.  Irfan juga diberi pendedahan dalam menggunakan Microsoft dan penggunaan internet dengan lebih baik. Irfan dan rakan-rakanya juga kini mudah untuk melakukan tugasan sekolah dengan carian yang pantas. Selain itu, beliau juga dapat menggunakan perkhidmatan lain seperti cetakan dan salinan sebagai tugasan sekolah. Lokasi yang berhampiran memudahkan urusan beliau yang sedikit sebanyak membantu meringankan tugasannya.

KEUSAHAWANAN-AMIE AMIRA MOHAMAD NIZAM

Hai-o & Mesin kopi Handsock

NAMA: AMIE AMIRA MOHAMAD NIZAM

UMUR: 29 Tahun

AHLI  : 2016

Latar belakang

Puan Amie merupakan antara ahli yang aktif di Pusat Internet Tampin. Puan Amie juga seorang pemegang Diploma dalam bidang Teknologi Maklumat. Seorang yang juga aktif dalam melakukan pelbagai perniagaan demi mencari sumber pendapatan dan meringankan beban suaminya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Amie juga sentiasa mencari peluang untuk memajukan diri beliau dan juga perniagaannya.Namun, Puan Amie juga sukar mendapat rantaian perniagaan yang lebih banyak yang secara langsung tidak banyak membantu perniagaan yang beliau jalankan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selain melibatkan diri di Pusat Internet , Puan Amie juga aktif dalam persatuan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Pulau Sebang , yang sedikit sebanyak membantu meluaskan perniagaan beliau. Beliau juga aktif mengikuti perkembangan aktiviti dan program yang dijalankan di Pusat Internet. Beliau juga mengambil peluang ini untuk mencari lebih ramai kenalan perniagaan di samping, petugas Pusat Internet membimbing dan memberi tunjuk ajar untuk mengembangkan lagi perniagaan beliau. Perniagaan Hai-o dan Mesin Kopi Handsock yang dijalankan sedikit sebanyak membantu pendapatan beliau. Jika dahulu pendapatan beliau kurnag dari RM500 namun kini setiap bulan pendapatan beliau bertambah lebih dari RM500 sebulan.

KEUSAHAWANAN-Syirah Bt Abd Rasib

Cheesetart Mix Filling & Agent Mealvy

NAMA: Syirah Bt Abd Rasib

UMUR: 30 Tahun

AHLI  : 2016

Latar belakang

Puan Syirah merupakan ahli Pusat Internet semenjak tahun 2016. Namun kesibukan menguruskan rumah tangga membuatkan kesukaran untuk Puan Syirah ke Pusat Internet. Beliau merupakan suri rumah kepada dua orang anak. Bagi membantu suaminya , beliau berjinak-jinak untuk melakukan perniagaan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengetahui lebih banyak kelebihan mengenai Pusat Internet, Puan Syirah hanya tertumpu pemasaran melalui sosial media dan kenalan beliau. Beliau juga bergerak perlahan untuk melebarkan perniagaan beliau disebabkan kekangan tertentu seperti capaian internet yang kurang memuaskan di kediaman beliau. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Namun, selepas mengetahui kelebihan dan aktiviti serta program yang disediakan di Pusat Internet Tampin yang seterusnya menjanjikan keberhasilan buat perniagaan beliau. Puan Syirah di beri pendedahan mengenai aplikasi Dashboard Komuniti (Myshop) bagi tujuan promosi produk serta kelebhian yang diperolehi daripada muat turun aplikasi tersebut. Selain itu, kenalan dan rantaian perniagaan beliau semakin bertambah kerana dapat bersuai kenal usahawan –usahawan di Pusat Internet Tampin dan berkongsi idea serta pendapat. Puan Syirah juga kini tidak risau mengenai capaian internet yang lebih mudah kerana, masanya juga dilapangkan untuk ke PI Tampin bagi melakukan tugasan beliau. Kemudahan internet yang percuma menjimatkan masa dan data beliau.Oleh itu, pendapatan Puan Syirah semakin bertambah hasil dari pemasaran kenalan yang bertambah.