CELIK IT - MAHIRAN HAMID

MEMPELAJARI ASAS KOMPUTER DAN INTERNET

NAMA: SYARMHINI A/P YATHIPAN

UMUR: 16 Tahun

AHLI  : 2018

 

Latar belakang

Syarmhini merupakan ahli baharu di PI Pekan Tampin. Beliau juga mula menjadi ahli apabila mengetahui kelebihan serta latihan ICT yang disediakan di PI melalui keluarga beliau. Beliau juga merupakan ahli Persatuan Kebajikan Bestari Tampin. Persatuan tersebut menyediakan bantuan kepada yang memerlukan dan mereka juga menggalakkan ahli-ahli persatuan mendapat pendedahan ICT & Teknolongi dari pelbgai medium.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan di PI Tampin, beliau juga tidak begitu mahir dalam pengendalian komputer & penggunaan Microsoft. Mereka juga tidak mengetahui kelebihan PI yang secara amnya membantu komuniti setempat dalam aspek ICT mahupun usahawan. Selepas mendapat galakkan dari keluarga, Syarmhini bersetuju untuk mengikuti latihan ICT yang disediakan di PI mengikut ketetapan yang diberikan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pihak PI membantu menyediakan modul Microsoft serta Penggunaan Internet dengan lebih baik.  Pembelajaran yang melibatkan latihan dan pembentangan membantu kefahaman yang lebih berkesan. Syarmhini juga kini lebih berkeyakinan untuk melakukan pembentangan di sekolah. Latihan Microsoft Excel juga membantu beliau dalam subjek pembelajaran di sekolah.

KEUSAHAWANAN-Khairunnisa Bt Jamali

Perniagaan Aiskrim Malaysia  & Aneka Coklat

NAMA: Khairunnisa Bt Jamali

UMUR: 32 Tahun

AHLI  : 2017

Latar belakang

Pn Khairunnisa merupakan usahawan di Pusat Internet yang sangat aktif dalam pelbagai perniagaan secara kecil-kecilan yang dilakukan. Selain membuat coklat dan menjadi Agent Khaliframe, Pn Nisa juga bergiat aktif dalam menghasilkan Aiskrim Malaysia yang sangat diminati oleh pelajar-pelajar di PI Tampin.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pn Khairunnisa sebelumnya lebih fokus kepada menghasilkan coklat dan menjual melalui atas talian serta di sekolah-sekolah. Beliau juga tidak mengetahui

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas kerap mengikuti program-program di PI Tampin, Pn. Nisa  kini menjadi Usahawan yang juga berkeinginan membantu usahawan-usahawan lain. Pn Nisa juga bekerjasama bersama PI untuk membantu pelajar-pelajar & komuniti yang berminat untuk menjadi usahawan. Antara program bersama yang dijalankan ialah Usahawan Cilik: Aiskrim & Aneka Coklat.  Kejayaan beliau ini, sedikit sebanyak membantu meningkatkan pendapatan beliau serta jualan perniagaan beliau juga semakin dikenali.

KEUSAHAWANAN-Salwezah Mohd Zin

Urutan & Kecantikan

NAMA: Khairunnisa Bt Jamali 

UMUR: 46 Tahun

AHLI  : 2017

Latar belakang

Puan Salwezah merupakan ahli & pengguna PI yang aktif. Merupakan isteri kepada pengerusi Kampung Tampin Tengah. Beliau juga aktif dalam persatuan-persatuan untuk mengembangkan lagi perniagaan beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan di PI, beliau sukar untuk mendapatkan kemudahan internet dan juga dokumen bercetak. Apabila mengetahui kemudahan yang disediakan di PI, Pn Salwezah lebih mudah untuk menguruskan dokumen-dokumen yang bercetak bagi keperluan perniagaan beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Salwezah juga diberi latihan ICT serta usahawan untuk mengembangkan perniagaan beliau. Pn Salwezah juga sangat aktif untuk mencari rakan-rakan perniagaan di Pusat Internet. Dengan kewujudan dan kelebihan PI memberi beliau peluang untuk mengembangkan lagi perniagaan beliau iaitu Urutan & kecantikan bagi wanita-wanita bersalin dan juga wanita-wanita yang diserang strok. Puan Slawezah juga aktif melakukan aktiviti kebajikan bersama komuniti setempat. Kenalan yang bertambah secara langsung meningkatkan lagi perniagaan beliau