Nama

: Ainal Mardhiah binti Mohd Yusoff

Umur

: 36 tahun

Ahli

: 2023


Latar belakang
Puan Ainal Mardhiah merupakan seorang graduan bidang elektrik dari Universiti Tun Hussein Onn, Johor. Setelah kehilangan pekerjaan semasa musim PKP tahun 2021 yang lalu, beliau memulakan perniagan cetakan dan fotokopi secara kecil-kecilan. Perniagaan beliau bermula secara tidak sengaja daripada minat secara kecil-kecilan dari rumah dan hanya mendapat tempahan dalam kalangan kenalan rapat dan jiran setempat sahaja. Setelah mendapat maklumbalas yang positif, beliau mula berniaga secara atas talian di media sosial beliau seperti Facebook, TikTok, Instagram dan Whatsapp. Beliau juga pernah menyertai kelas-kelas keusahawanan di NADI Pekan Tampin. Kini, beliau memiliki syarikat perniagaan Copy Go dan pekerja sendiri yang berpusat di Gemencheh, Negeri Sembilan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)
Sebelum melibatkan diri dengan PEDi Pekan Tampin, aktiviti perniagaan beliau berlangsung seperti biasa hanya bermula di rumah sahaja. Beliau lebih memberi perhatian kepada tempahan kecil-kecilan melalui kenalan rapat dan jiran sahaja. Beliau memulakan perniagaan dengan menggunakan mesin cetakan yang bersaiz kecil sahaja dan hanya menggunakan platform Facebook dan Instagram untuk membuat sebarang promosi perniagaannya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)
NADI banyak membantu beliau dengan menambahkan dan meluaskan perniagaannya melalui kelas-kelas latihan keusahawanan seperti TikTok, Live, Business Model Canva dan sebagainya. Pihak NADI juga memberikan informasi berkaitan bantuan geran serta pinjaman yang diberi oleh pihak yang kerajaan. Pihak NADI juga telah membantu beliau dalam aspek promosi dan hebahan kepada komuniti setempat serta media sosial yang berkaitan. Selain daripada itu, Pihak NADI juga banyak membantu tentang permasalahan ICT yang dialaminya dengan memberi tunjuk ajar secara personal secara bersemuka mahupun atas talian.