Nama

: Norazliza binti Mohd Jani

Umur

: 36 tahun

Ahli

: 2020


Latar belakang
Puan Norazliza binti Mohd Jani merupakan salah seorang usahawan yang mengusahakan perniagaan produk salai seperti keli, puyuh, daging dan ayam. Beliau telah berjinak dalam dunia perniagaan sejak tahun 2019 secara sambilan. Oleh kerana tekanan taraf ekonomi yang semakin meningkat beliau berusaha keras untuk meningkat lagi pendapatan sampingan dengan memperluaskan lagi empayar perniagaan secara atas talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)
Sebelum penglibatan dengan kelas ICT di NADI beliau hanya menjual di gerai miliknya, jual di pasar tani dan meletakkan di pasar yang terpilih. Oleh kerana tekanan taraf ekonomi yang semakin meningkat beliau berusaha keras untuk meningkatkan lagi pendapatan sampingan dengan memperluaskan lagi empayar perniagaan secara atas talian. Sebelum penggunaan ICT, hanya memasarkan produk jualan secara terus di rumah dan juga tempahan dari jiran tetangga di kawasan sekitar dan memiliki pendapatan kurang dari RM100 sebulan

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)
Kini beliau giat memasarkan produk salai miliknya dan menjadikan internet sebagai salah satu platform untuk mengedar dan mempromosikan produk-produk iaitu melalui rangkaian media sosial seperti shopee, facebook dan Instagram.