Tarikh |
: 8 April 2024 (Isnin) |
Masa |
: 10:00 pagi – 11:00 pagi |
Lokasi |
: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pekan Tampin |
Tujuan :
Tujuan kelas e-Pembelajaran ini adalah untuk mempelajari cara mengisi borang Jobstreet secara online.
Aktiviti
Mengajar peserta cara mengisi borang Jobstreet secara online. Melalui panduan yang diberikan, peserta akan dipandu langkah demi langkah untuk mengisi borang tersebut dengan betul.
Tarikh |
: 3 April 2024 (Rabu) |
Masa |
: 2:30 petang – 4:00 petang |
Lokasi |
: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pekan Tampin |
Tujuan :
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan panduan kepada peserta mengenai cara mencipta prompt yang menarik dan efektif dalam penggunaan teknologi AI, khususnya dengan menggunakan AI Copilot.
Aktiviti
Peserta mempelajari teknik-teknik untuk mencipta prompt yang efektif. Ini termasuk memahami konteks, menggabungkan pertanyaan dengan klarifikasi, dan menggunakan bahasa yang jelas dan terstruktur. Peserta juga akan memahami bagaimana memperbaiki prompt yang kurang efektif.
Tarikh |
: 2 April 2024 (Selasa) |
Masa |
: 10:00 pagi – 12:00 tengahari |
Lokasi |
: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pekan Tampin |
Tujuan :
Tujuan Kelas Asas aplikasi Paint adalah untuk memberikan peserta kemahiran asas dalam menggunakan perisian Paint. Dalam kelas ini, peserta akan mempelajari asas penggunaan perisian ini, termasuk menggambar, melukis, menggunakan warna, menyunting gambar, menambah teks, dan menyimpan hasil kerja. Kemahiran ini berguna untuk tujuan kreatif dan praktikal, dan membantu peserta memahami cara menggunakan alat-alat asas dalam aplikasi Paint.
Aktiviti
Dalam kelas asas aplikasi Paint, terdapat beberapa aktiviti utama yang peserta pelajari iaitu, menggambar dan melukis. Peserta akan memahami cara menggunakan alat-alat dasar dalam Paint untuk menghasilkan gambar dan lukisan. Pelajar akan belajar mengenai palet warna, menggabungkan warna, dan menghasilkan garisan dengan berbagai ketebalan seterusnya peserta akan belajar cara menyimpan gambar dalam format yang berbeza dan mengimbas gambar ke dalam komputer.
Tarikh |
: 3 April 2024 (Rabu) |
Masa |
: 10:00 pagi – 12:00 tengahari |
Lokasi |
: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pekan Tampin |
Tujuan :
Kelas ini bertujuan untuk memberikan peserta kemahiran asas dalam menggunakan aplikasi reka grafik Canva untuk mencipta infografik. Infografik adalah bentuk visual yang menggabungkan teks, gambar, dan grafik untuk menyampaikan maklumat dengan cara yang ringkas dan menarik.
Aktiviti
Peserta diberi tunjuk ajar untuk meneroka antara muka Canva dan memahami fungsi-fungsi asas seperti menggubah saiz kanvas, menambah elemen grafik, dan mengatur warna. Peserta juga diberi pilihan untuk memilih topik atau maklumat yang ingin disampaikan melalui infografik. Mereka akan memilih elemen grafik yang sesuai, mengatur teks, dan memilih warna yang sesuai dan akan menyusun maklumat dalam infografik dengan cara yang mudah difahami.
Tarikh |
: 1 April 2024 (Isnin) |
Masa |
: 10:00 pagi – 12:00 tengahari |
Lokasi |
: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi) Pekan Tampin |
Tujuan :
Tujuan kelas ini memberi latihan kepada peserta cara-cara menaip di komputer dengan menggunakan Microsoft Word dan memberi pendedahan menulis nama di Microsoft Word serta menunjukkan cara menggunakan semua fungsi Microsoft Word kepada peserta.
Aktiviti
Peserta dibimbing untuk mengenal dan menggunakan semua fungsi dalam Microsoft Word dan peserta diberikan helaian kertas yang mempunyai contoh karangan berformat kemudian mereka menaip semula karangan tersebut di Microsoft Word.