Tarikh : 19 APRIL 2019 (Jumaat) Masa : 0300pm-0500pm Lokasi : Pusat Internet Pekan Tampin Bilangan : 6 Orang |
TUJUAN:
-
- Membantu pelajar melakukan tugasan yang disediakan oleh guru.
AKTIVITI:
Para pelajar yang datang untuk menyiapkan kerja sekolah mereka meminta bantuan untuk mengajar mereka menggunakan PowerPoint bagi menyudahkan kerja-kerja sekolah yang telah diberikan oleh guru mereka. Manakala sebahagian lagi pelajar memerlukan bantuan untuk cara memasuki VfrogAsia mereka bg menyudahkan kerja-kerja yang diberikan.
Tarikh : 12 APRIL 2019 (Jumaat) Masa : 0300pm-0500pm Lokasi : Pusat Internet Pekan Tampin Bilangan : 6 Orang |
TUJUAN:
- Melatih pelajar-pelajar untuk lebih memahami pendedahan yang diberikan mengenai Advokasi KDB.
Menggalakkan pelajar untuk melakukan aktiviti yang dapat membantu pengetahuan pelajar.
AKTIVITI:
Para pelajar diberi tontonan berkenaan video KDB. Seterusnya mereka diarahkan menjawab soalan-soalan KDB berkaitan dengan video yang telah diberi tontonan. Aktiviti seterusnya adalah mereka diminta untuk menjawab soalan-soalan kuiz umum yang berkaitang dengan pembelajaran harian mereka.
Tarikh : 26 MAC 2019 (Selasa) Masa : 0700pm-0400pm Lokasi : Dewan Bestari, SMK Syed Idrus Bilangan : 70 Orang |
TUJUAN:
Program motivasi ini dijalankan terbuka buat semua pelajar sekolah agar mereka lebih bersemangat untuk belajar. Juga dalam masa yang sama memberi mereka cara semangat pemimpin dalam diri mereka. Program ini dijalankan dengan kerjasama Jabatan Penerangan Daerah Tampin. Menjemput Imam Muda Nasrul.
AKTIVITI:
Para pelajar didedahkan mendengar ceramah motovasi yang diberi oleh Imam Mudah Nasrul. Juga menjalankan aktiviti-aktiviti sampingan seperti kumpulan dinamik.
Tarikh : 28 MAC 2019 (Khamis) Masa : 0800am-0100pm Lokasi : Pusat Internet Pekan Tampin Bilangan : 180 Orang |
TUJUAN:
Bagi menyatukan komuniti setempat dengan agensi-agensi setempat. Pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik yang tersedia. Jemputan yang turut hadir bagi merasmikan majlis adalah wakil YB Adun Repah dan majlis penutup oleh Penolong Pegawai Daerah Tampin.
AKTIVITI:
Program ini dijalankan dengan pelbagai aktiviti menarik. Antara aktivti yang dijalanka adalah:
Tarikh : 16 MAC 2019 (SABTU) Masa : 0300pm-0500pm Lokasi : Pusat Internet Pekan Tampin Bilangan : 6 Orang |
TUJUAN:
Mengajar pengguna menggunakan internet dengan mudah dan mengenalkan mereka enjen carian yang ada. Juga mengajar mereka bahaya penipuan atas talian.
AKTIVITI:
Pengguna diberi penerangan berkaitan penggunaan ejen carian. Seterusnya, menyuruh mereka membuat carian maklumat-maklumat yang diberikan kepada mereka agar mereka biasa dalam penggunaan internet. Juga dalam masa yang sama, menyedarkan mereka penipuan-penipuan atas talian yang sering berlaku agar mereka lebih berhati-hati dalam menggunakan internet.