Tarikh |
: 7 September 2023 (Khamis) |
Masa |
: 4:00–5:00 petang |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Pekan Tampin |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan untuk membantu komuniti setempat menggunakan Microsoft Word untuk membuat esei dan poster sempena Hari Malaysia. Peserta dapat menambah pengetahuan dan kemahiran berkaitan perisian persembahan disamping dapat mengaplikasikan penggunaan Microsoft Word dalam pembentangan tugasan atau laporan. Pada masa yang sama dapat menjana pemikiran yg kreatif dan inovatif.
Aktiviti
Peserta dibimbing untuk menyusun bentuk mengikut urutan yang betul dengan memasukkan nama serta jawatan mengikut format surat kiriman rasmi. Peserta diminta untuk menggunakan jenis font dan saiz font yang sesuai, peserta turut dibantu untuk mencari nota-nota penting di Google dan mengubahsuai ayat yang diperolehi tersebut dengan menggunakan ayat sendiri.
Gambar di sini
Tarikh |
: 15 September 2023 (Jumaat) |
Masa |
: 10:00 pagi– 12:00 tengahari |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Pekan Tampin |
Tujuan:
E-KERAJAAN (Pendaftaran MyFuture Jobs)
Aktiviti
Para peserta diajar untuk memohon pekerjaan menggunakan MYFutureJobs https://myfuturejobs.gov.my/ms/utama/ MYFutureJobs ialah Portal Pekerjaan Nasional Malaysia untuk semua pencari kerja dan majikan. MYFutureJobs menggunakan teknologi AI dan algoritma pemadanan yang disahkan untuk menyediakan padanan kerja paling tepat berdasarkan kemahiran dan kecekapan pencari kerja.
Tarikh |
: 6 September 2023 (Rabu) |
Masa |
: 3:00 – 5:00 petang |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Pekan Tampin |
Tujuan :Microsoft Power Point (Morph transition)
Aktiviti :
Memberi tunjuk ajar untuk menghasilkan morph transition. Morph transition membolehkan pengguna menghidupkan pergerakan lancar dari satu slaid ke slaid seterusnya. Pengguna boleh menggunakan peralihan Morph pada slaid untuk mencipta rupa pergerakan dalam pelbagai perkara teks, bentuk, gambar, grafik SmartArt dan WordArt. Walau bagaimanapun, carta tidak berubah.
Tarikh |
: 11 September 2023 (Isnin) |
Masa |
: 10:00 pagi – 12:00 tengahari |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Pekan Tampin |
Tujuan :
Mencipta website
Aktiviti
Memberikan penerangan dan panduan berkaitan cara untuk membina laman web dengan mudah dan percuma dengan menggunakan https://www.wix.com/. Pengguna boleh mencipta website perniagaan, perkahwinan dan lain-lain lagi.
Tarikh : 19 Jan 2023 (Khamis) Lokasi : PEDi Taman Salam Nadiah Pengajar : Hamizan Hassan Bilangan : 1 |
Tujuan :
Megajar pengguna untuk membuat kertas kerja.
Aktiviti :
Petugas memberikan taklimat ringkas tentang bagaimana untuk membina kertas kerja. Peserta cuba mengikut apa yang diterangkan oleh petugas PEDi untuk mengaplikasikan teknik tersebut. Kelas membina kertas kerja dengan menggunakan Microsoft word. Peserta boleh membina kertas kerja dengan sendiri dan mengetahui Teknik yang sesuai untuk membina kertas kerja.