Tarikh

: 8 November 2023 (Ahad)

Masa

: 10:00 pagi – 12:00 tengahari

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Pekan Tampin


Tujuan :

Membantu komuniti mencipta kad raya bersempena perayaan Deepavali secara digital dengan menggunakan aplikasi Canva.


Aktiviti

Petugas menunujukkan cara untuk membuat tetapan saiz yang sesuai dengan saiz kad raya, selain iaitu petugas memberi tunjuk ajar untuk membuat rekaan yang menarik dengan tema Deepavali. Petugas juga mengajar komuniti cara untuk mencari gambar yang menarik untuk dijadikan latar belakang dan ikon dan membantu untuk menukarkan format kepada JPEG supaya komuniti dapat berkongsi kepada rakan media sosial.

 

Tarikh

: 5 November 2023 (Ahad)

Masa

: 10:00 pagi – 12:00 tengahari

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Pekan Tampin


Tujuan :

Membantu meningkatkan lagi kemahiran usahawan-usahawan dalam menjalankan perniagaan mereka dengan menggunakan WhatsApp Business yang telah menyediakan pelbagai fungsi sesuai untuk usahawan.


Aktiviti

Dengan menggunakan WhatsApp Business, usahawan dapat menjimatkan masa dari segi menyenaraikan gambar-gambar peniagaan beliau kerana beliau boleh meletakkan gambar di dalam katalog yang telah disediakan dalam WhatsApp Business tersebut.

 

Tarikh

: 29 Oktober 2023 (Ahad)

Masa

: 10:00 – 11:00 pagi

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Pekan Tampin


Tujuan :

Memberi penerangan kepada peserta berkaitan STEM dan IoT dengan menunjukkan contoh-contoh teknologi yang menggunakan IoT.


Aktiviti

Peserta diberi penerangan berkaitan STEM dan IoT berdasarkan slide yang telah disediakan oleh petugas untuk mencari contoh IoT menggunakan carian google.

 

Tarikh

: 3 November 2023 (Jumaat)

Masa

: 3:30 – 5:30 petang

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Pekan Tampin


Tujuan :

Memberi pendedahan kepada pelajar yang hadir mengenai STEM. STEM bermaksud Science, Technology, Engineering, dan Mathematics.


Aktiviti

Science sebagai bidang yang menyediakan pengetahuan, Technology adalah pengaplikasiannya, Engineering menjurus kepada penyelesaian masalah, dan Mathematics adalah bidang pengkuantitian supaya penerokaan yang dilakukan bersifat munasabah dan boleh didefinisi secara operasi. Melalui STEM, pelajar belajar subjek sukar seperti sains dan matematik dengan lebih seronok serta lebih kepada pengaplikasian berbanding teori semata-mata.

 

Tarikh

: 13 Oktober 2023 (Jumaat)

Masa

: 2:30 – 3:30 petang

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Pekan Tampin


Tujuan :

Membantu belia wanita untuk mendaftar akaun pekerjaan menggunakan laman web pencari pekerjaan Jobstreet dan My Future Jobs.


Aktiviti

Peserta dibantu untuk mendaftar akaun Jobstreet dan My Future Jobs terlebih dahulu dan diajar untuk memasukan maklumat penting dalam laman web tersebut dan memuatnaik dokumen seperti resume, gambar dan sijil-sijil berkaitan.