Tarikh

: 1 April 2024 (Isnin)

Masa

: 10:00 pagi – 12:00 tengahari

Lokasi

: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi) Pekan Tampin


Tujuan :

Tujuan kelas ini memberi latihan kepada peserta cara-cara menaip di komputer dengan menggunakan Microsoft Word dan memberi pendedahan menulis nama di Microsoft Word serta menunjukkan cara menggunakan semua fungsi Microsoft Word kepada peserta.


Aktiviti

Peserta dibimbing untuk mengenal dan menggunakan semua fungsi dalam Microsoft Word dan peserta diberikan helaian kertas yang mempunyai contoh karangan berformat kemudian mereka menaip semula karangan tersebut di Microsoft Word.