Tarikh |
: 3 November 2023 (Jumaat) |
Masa |
: 3:30 – 5:30 petang |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Pekan Tampin |
Tujuan :
Memberi pendedahan kepada pelajar yang hadir mengenai STEM. STEM bermaksud Science, Technology, Engineering, dan Mathematics.
Aktiviti
Science sebagai bidang yang menyediakan pengetahuan, Technology adalah pengaplikasiannya, Engineering menjurus kepada penyelesaian masalah, dan Mathematics adalah bidang pengkuantitian supaya penerokaan yang dilakukan bersifat munasabah dan boleh didefinisi secara operasi. Melalui STEM, pelajar belajar subjek sukar seperti sains dan matematik dengan lebih seronok serta lebih kepada pengaplikasian berbanding teori semata-mata.