Tarikh            : 19 OKT 2019 (SABTU)

Masa              : 09.00am-12.00pm

Lokasi           : Pusat Internet Pekan Tampin

Bilangan       : 16 Orang

TUJUAN:

      • Memberi tunjuk ajar kepada para pelajar sekolah kemahiran baru, dengan kemahiran baru ini mereka digalakkan untuk memulakan perniagaan sejak dari usia muda seterusnya ini mampu memupuk ciri-ciri keusahawanan seja dari mula. Selain itu, ini juga memberi mereka suatu perkara untuk dilakukan yang berfaedah untuk dilakukan pada waktu lapang. PI juga mempromosikan pelbagai aktiviti yang boleh dan bakal dijalankan di Pusat Internet kami. 

AKTIVITI:

Para pelajar pada peringkat awal akan diajar untuk membuat coklat yang pelbagai jenis. Apabila coklat telah siap mereka diajar untuk membuat jambangan coklat dari coklat yang telah disiapkan sebelum itu. Selain membuat coklat dan jambangan coklat, para pelajar juga diajar untuk melipat kertas yang pelbagai bentuk untuk disertakan sekali dengan jambangan coklat tadi.

GELERI FOTO